16 October 2013

Mountain Bike Trails at Bukit Rotan Tunggal

Cadangan asal adalah untuk berkayuh MTB di Trail Bukit Rotan Tunggal.
Kami bertujuh memulakan kayuhan pada jam 9pagi dari Pejabat Hutan Rotan Tunggal, Taman Sentosa, dan akan berkayuh sejauh 17km sehingga ke trails Jalan Tras.
Tapi selepas 6km, kami tidak menemui trails yang dilalui oleh Ah Chai, Ridzuan & Geng 4 tahun lalu.
Kawasan trails dipenuhi dengan semak-samun, paku-pakis, pokok dan buluh tumbang.
Berkali-kali kami terpaksa menebas laluan, menolak  memikul basikal, merangkak celah batang pokok tumbang.
Lebih banyak tolak dari mengayuh.
letih wow! ...asyik tolak, angkat je
lapar...
Kami sampai di menara  transmission electric TNB di belakang Taman Raub Jaya 6

Selepas 3 jam kami memutuskan untuk turun saja melalui jalan pintas, ke jalan besar.
Hajat kami ialah untuk berkelah di ulu Sungai Bilut, tapi di sini pun memadai untuk melepaskan lelah.
Sungguh banyak pacat....saya kena gigitan 4 ekor - 3 di kaki dan 1 di tangan. Pacat tidak hinggap di kaki penghisap rokok tegar. heran sungguh.


No comments: