28 December 2017

Jogging, Walking, Running, Jalan Kaki TAMAN AWAM KUBANG GAJAH

Tiada gambar berbasikal untuk di update dalam blog ini. Bercuti di kampung semasa hari krismas. Peluang tak dilepaskan untuk berekreasi, jalan kaki, berlari, berjogging di Taman Tasik Temerloh, Taman Bandar Temerloh, TAMAN AWAM KUBANG GAJAH, di belakang Waterpark Kubang Gajah. Berhampiran Masjid Baru Temerloh Bukit Angin.
Pokok teratai di dalam tasik. Ikan pun banyak, dilihat dari kocakan air. Tak nampak pulak kaki pancing.
Banyak pondok /wakaf (gazebo) di sepanjang trek, sesuai untuk berteduh atau family berkelah.
Replika tapak kaki gajah di "print" pada slab tempat jogging.
Picture of Elephant Footprint below from: GetJealous.com Travel Blogs & Journals
Map from Strava (above) and Endomondo (below)
Bunga warna oren bertaburan menghiasi rumput disinari mentari pagi
Pokok Pancut-pancut, Nandi Flame, African Tulip Tree, (Spathodea campanulata)
Pokok renek Mexan Petunia di sepanjang jalan
Hari cuti pagi  krismas ramai mengambil peluang  berjalan kaki / berlari / berjoging,
Lampu jalan dipasang di kawasan redup
Sinaran mentari pagi yang menyamankan
Dua  athlit berlari (sebenarnya mereka tu eksyen saja, berlari bila nampak jurufoto).

12 October 2017

Fellowship Ride To The Centre Of Peninsular Malaysia 2017

Saya telah menyertai Kayuhan "Fellowship Ride To The Centre Of Peninsular Malaysia 2017" pada hari ahad 8 Oktober 2017.
Bermula pada jam 7:45pagi dari Dataran Temerloh (di hadapan Dewan Tun Razak Temerloh), ke DeerLand Lancang.
Berhenti rehat di Titik Tengah Semenanjung Malaysia, di Kampung Pulau Siput Lancang.
Laluan bermula dengan menghilir  menyusuri Sungai Pahang. Melalui kampung tradisional., Kg. Tengah, Kg. Buntut Pulau, Kg. Pangsenam, Kg. Kuala Kujan, Kg. Tengguh. Di sepanjang jalan terdapat gerai-gerai penjual ikan patin (famous Temerloh). Selepas Kg. Tengguh, perjalanan membeluk ke kanan masuk ke Kg. Belangu, dengan jalan turun naik bukit, lalu tembus ke Highway Temerloh-Mentakab.

Cikgu Are Xie dengan kawan berbaju belang2
pic from: Cycling Malaysia Magazine: Click HERE
Jalan rolling up and down di Kg. Belengu.
pic from: Cycling Malaysia Magazine
Old Senior Riders - Kayuhan tengah panas di Highway Temerloh Mentakab
pic from: Cycling Malaysia Magazine
 This is young rider using Boardman Team bike
Berhenti rehat di Kg. Pulau Siput (Titik Tengah Semenanjung Malaysia), sebelum meneruskan perjalanan ke Lancang dan ke DeerLand 
Nice
Kuat budak kecik ni

Epic Suffer Score  257
Leaderboards - Cempaka to Dearland Dragon Back  no 27 / 79, but No 1 (age group)

05 August 2017

Kayuhan ke Surau Fatimah Az-Zahra'

Surau Sek. Men. Keb. Methodist Raub - dalam pembinaan
Sumbangan anda boleh dibuat melalui cek atau tunai ke akaun:
Nombor Akaun: 8602835618
 Nama: Surau Fatimah Az-Zahra'
 Bank: CIMB Bank