28 December 2017

Jogging, Walking, Running, Jalan Kaki TAMAN AWAM KUBANG GAJAH

Tiada gambar berbasikal untuk di update dalam blog ini. Bercuti di kampung semasa hari krismas. Peluang tak dilepaskan untuk berekreasi, jalan kaki, berlari, berjogging di Taman Tasik Temerloh, Taman Bandar Temerloh, TAMAN AWAM KUBANG GAJAH, di belakang Waterpark Kubang Gajah. Berhampiran Masjid Baru Temerloh Bukit Angin.
Pokok teratai di dalam tasik. Ikan pun banyak, dilihat dari kocakan air. Tak nampak pulak kaki pancing.
Banyak pondok /wakaf (gazebo) di sepanjang trek, sesuai untuk berteduh atau family berkelah.
Replika tapak kaki gajah di "print" pada slab tempat jogging.
Picture of Elephant Footprint below from: GetJealous.com Travel Blogs & Journals
Map from Strava (above) and Endomondo (below)
Bunga warna oren bertaburan menghiasi rumput disinari mentari pagi
Pokok Pancut-pancut, Nandi Flame, African Tulip Tree, (Spathodea campanulata)
Pokok renek Mexan Petunia di sepanjang jalan
Hari cuti pagi  krismas ramai mengambil peluang  berjalan kaki / berlari / berjoging,
Lampu jalan dipasang di kawasan redup
Sinaran mentari pagi yang menyamankan
Dua  athlit berlari (sebenarnya mereka tu eksyen saja, berlari bila nampak jurufoto).

No comments: