20 July 2014

Road rash injury - broken Fi'zi:k ARIONE CX carbon braided

Saya telah membeli saddle Fi'zi:k ARIONE CX - carbon braided pada Ogos 2010 (Hari Raya special offer). Tujuan asalnya ialah untuk diguna pada roadbike. Bila road bike yang saya beli telah tersedia dengan Fi'zi:k ARIONE Kium berwarna putih matching dengan bartape putih, saya lekatkan carbon braided ini pada Kona Cidercone MTB.
Tersangat ringan dan saya sangat suka bila berkayuh off-road atau on road..Tiada masaalah berkayuh di Ladang Sawit dan di Ladang Getah. Pernah terjatuh pada bulan March 2012 - MTB Jamboree Krau 1. Walaupn luka tapi Fizik Carbon tak terjejas.
Semasa berkayuh di Ladang Sawit Bukit Koman minggu lepas, saya terlangar batu di satu selekoh. Menggunakn pedal clip (CrankBrothers Candy X Pedals), saya tak sempat unclip lalu jatuh slow motion. Lutut dan betis kiri luka (superficial abrasion). Saya teruskan kayhan, tetapi terasa kelainan pada saddle. Setelah diperikasa didapati carbon braided rail telah patah.
Prologo X10 Nago Evo ProTi 1.4 - menggantikan saddle yang patah.
Rock and roll

No comments: