11 December 2016

Kayuhan Solo ke Felda Krau 1 dan Restoran Moh Makan

Hari Ahad biasa nya ada kayuhan berkumpulan. Tapi hari ini masing-masing ada aktiviti sendiri. Tambahan pula sekarang cuti sekolah, dan esok cuti Malidul Rasul. Saya kayuh solo ke Felda Krau 1, bermula lewat (9am) supaya jalan kering. Terlupa pulak bawa bekal air, dalam perjalanan balik saya singgah di Restoran Moh Makan (di Taman Wawasan - bertentangan dengan simpang ke Krau 1 /UiTM Raub). Restoran ini baru 2 minggu dibuka. Toukeynya Ahmad Mukram adalah jiran sebelah rumah saya.
 Bergambar dengan Sdr. Azli (Chef Roti Jala)
Roti Jala dan Milo Ais. Nampak lenggang je, tapi semasa saya bertolak balik, 3 kereta singgah di sini.
Semoga restoran ini maju jaya.

No comments: