20 October 2013

Cycling for Health - 20km Raub Criterium at Taman Tasik

to have a health benefit - 30 minutes cycling, 5 days a week at moderate intensity.
young and middle-aged cyclist at Taman Tasik Raub

16 October 2013

Mountain Bike Trails at Bukit Rotan Tunggal

Cadangan asal adalah untuk berkayuh MTB di Trail Bukit Rotan Tunggal.
Kami bertujuh memulakan kayuhan pada jam 9pagi dari Pejabat Hutan Rotan Tunggal, Taman Sentosa, dan akan berkayuh sejauh 17km sehingga ke trails Jalan Tras.
Tapi selepas 6km, kami tidak menemui trails yang dilalui oleh Ah Chai, Ridzuan & Geng 4 tahun lalu.
Kawasan trails dipenuhi dengan semak-samun, paku-pakis, pokok dan buluh tumbang.
Berkali-kali kami terpaksa menebas laluan, menolak  memikul basikal, merangkak celah batang pokok tumbang.
Lebih banyak tolak dari mengayuh.
letih wow! ...asyik tolak, angkat je
lapar...
Kami sampai di menara  transmission electric TNB di belakang Taman Raub Jaya 6

Selepas 3 jam kami memutuskan untuk turun saja melalui jalan pintas, ke jalan besar.
Hajat kami ialah untuk berkelah di ulu Sungai Bilut, tapi di sini pun memadai untuk melepaskan lelah.
Sungguh banyak pacat....saya kena gigitan 4 ekor - 3 di kaki dan 1 di tangan. Pacat tidak hinggap di kaki penghisap rokok tegar. heran sungguh.


08 October 2013

MTB Training at Masjid Sempam Baru Car Park

Kawasan letak kereta ini hanya digunakan semasa solat jumaat sahaja. Berpasir dan berbatu di bahagian tepi, sesuai untuk menajamkan skil berMTB.
Tak punya masa untuk training, tempat ini lah yang saya gunakan untuk berlatih. 30 minit selang sehari sudah cukup.
Dulu tempat ni lapang, sekarang telah didirikan struktur / store dari besi/aluminuim untuk pembinaan bangunan baru Masjid Sempam